Library Initiatives

iQuest – Universiti Kebangsaan Malaysia

Sistem iQuest http://iquest.net.my/iquest dibangunkan untuk membantu penyelidik, ahli akademik dan pelajar mendapatkan sumber maklumat penyelidikan. I-Quest dihasilkan oleh pasukan penyelidik daripada Perpustakaan UKM yang mendapat bidaan Dana Inovasi UKM dan dibangunkan pada 01.01.2013 hingga 01.08.2013. Sistem ini telah mula digunakan di UKM pada September 2013 hingga kini. Dalam membangunkan system ini, pasukan penyelidik Perpustakaan UKM telah berkerjasama dengan Pusat Teknologi Maklumat UKM dan rakan industri milik UKM iaitu Syarikat Refrex Sdn Bhd.

Bagi modul pengguna I-Quest, sistem ini menguruskan modul (i) perkhidmatan carian bahan yang tidak dapat dikesan di rak, (ii) pembekalan buku & artikel dari perpustakaan luar (ILL), (iii) permohonan pembelian bahan baru dan (iv) permohonan pembelian artikel jurnal secara pay per view (PPV). Manakala dalam modul pentadbir, I-Quest menguruskan (i) pendaftaran profil pelanggan secara kelompok atau individu, (ii) pengurusan profil pentadbir dan (iii) statistik pelaporan berdasarkan modul yang digunakan.

Melalui I-Quest, pengurusan rekod permohonan oleh pelanggan Perpustakaan menjadi lebih efisien di mana setiap permohonan diterima terus oleh pentadbir mengikut modul. Sebagai contoh, modul ILL membolehkan tindakan yang dilakukan oleh pentadbir dapat disemak oleh pelanggan dan pemakluman turut disalinkan ke dalam e-mel pelanggan.

I-Quest adalah sistem yang mengumpul data untuk mengukur kecekapan perkhidmatan berdasarkan tempoh masa yang diambil bagi sesebuah permohonan. Ia juga dapat membantu keputusan strategik Perpustakaan seperti pembangunan atau pemantapan semula koleksi dan perkhidmatan.

Kini iQuest telah berjaya dikomersilkan melalui Syarikat Refrex Sdn Bhd (anak syarikat UKMTECH Sdn Bhd). Sasaran pelanggan terdiri daripada perpustakaan IPTA/IPTS dan juga perpustakaan khusus. Sesi percubaan boleh diberikan kepada institusi sebagai penilaiaan. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui :

Refrex Sdn.Bhd (946680-P)
Emel : info@refrex.com.my
Tel : +6011 28512132

System : iQuest
URL Link : http://iquest.net.my/iquest
University : Universiti Kebangsaan Malaysia
Library : Perpustakaan Tun Sri Lanang
Library Official Portal : http://www.ukm.my/ptsl

iquest