Library Initiatives

JETP (Jurnal Elektronik Teks Penuh) – Universiti Kebangsaan Malaysia

JETP ialah sebuah enjin carian yang dibangunkan untuk membantu pelanggan dan Perpustakaan mengenal pasti jurnal-jurnal elektronik teks penuh langganan institusi. JETP menghimpunkan semua langganan jurnal elektronik beserta maklumat jurnal terindeks ISI Web of Science, Scopus dan Journal Impact Factor sesebuah institusi daripada pelbagai pangkalan data dan memudahkan akses kepada jurnal tersebut daripada dalam dan luar kampus UKM.

Inovasi ini dihasilkan oleh pasukan penyelidik Perpustakaan UKM pada tahun 2011. Kini JETP http://www.jetp.com.my telah dikomersilkan dengan kerjasama UKMTECH melalui Syarikat Refrex Sdn Bhd. Fasa pengkomersilan giat dilakukan bermula awal tahun 2012.

Sasaran pelanggan terdiri daripada perpustakaan IPTA/S dan juga perpustakaan khusus.Sesi percubaan diberikan kepada institusi sebagai penilaiaan keupayaan JETPsamada memenuhi kehendak dan keperluan sebelum proses langgananditeruskan. Produk ini turut melalui fasa penambahbaikan berterusan seperti peningkatan ciri ciri baru dan sebagainya.

JETP telah dilanggan dengan kos langganan secara tahunan oleh beberapa IPTA seperti UKM, UMK, UIAM, UPM dan lebih 30 institusi dan kolej swasta. Pengkomersilan JETP diharapkan dapat membantu menjana pendapatan kepada UKM. Secara tidak langsung, inovasi ini dapat menaikkan produk tempatan dan bersaing dengan produk antarabangsa.

System : JETP (Jurnal Elektronik Teks Penuh)
URL Link : http://www.jetp.com.my
University : Universiti Kebangsaan Malaysia
Library : Perpustakaan Tun Sri Lanang
Library Official Portal : http://www.ukm.my/ptsl

FireShot Screen Capture #049 - 'Welcome - JETP PENTIUM' - www_jetp_com_my_upm_search_index_rsb_upm&